NOTIS:
UMNO Selangor berpecah.
Post Oleh :
Pena rakyat
pada
7/09/2017 09:22:00 pm
Oleh Bahari Salleh
Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Zahid Hamidi mengakui bahawa UMNO Selangor berpecah.
Beliau mendedahkan sedemikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak hari ini.
Pendedahan itu telah turut disahkan oleh Ketua Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar. Noh berkata kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor adalah akibat perpecahan yang berlaku di dalam UMNO.
Zahid juga berkata Noh bekerja seorang diri dan mahu pimpinan dan ahli-ahli memberi sokongan kepada beliau.
Pengakuan dan pendedahan ini telah dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.
Perpecahan ini sudah tentu akan menyukarkan lagi usaha UMNO untuk menawan negeri Selangor setelah dua penggal menjadi pembangkang.
Mengulas pengakuan dua pimpinan UMNO itu, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras Khairuddin Othman berkata beliau tidak terkejut kerana perpecahan di dalam UMNO adalah satu perkara biasa.
Katanya lagi, rakyat sudah muak dengan cara UMNO berpolitik dan yakin rakyat akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri yang sedia ada untuk terus mentadbir negeri ini. (1Media.my)