Video terkini

1MediaTV

NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hospital Kuala Kubu Bharu dapat perhatian, bakal dinaik taraf



HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurangkan jumlah kesesakkan pesakit di Hospital Selayang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara yang akan dilaksanakan adalah menempatkan doktor pakar pada bulan depan dan naik taraf unit kecemasan, farmasi serta penyediaan kawasan parkir kereta.

Katanya, sejak menempatkan pakar perubatan jabatan am pada Januari lalu, jumlah kehadiran pesakit ke hospital berkenaan semakin meningkat berbanding pra-pandemik sebelum ini.

“Saya juga dapat memerhatikan prestasi kesemua klinik, pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Hospital KKB walaupun bukan pakar tapi hari ini beberapa tindakan dan perancangan yang baik telah mengangkat prestasinya.

“Ini bermaksud sudah ada keinginan dan kepercayaan warga di sini yang mahu ataupun bersedia untuk mendapat rawatan daripada hospital ini. Selalunya kalau hospital tak ada pakar inj, dia punya persepsinya adalah orang tak nak pergi ke hospital itu.

“Antara lainnya dengan menempatkan pakar perubatan kecemasan (ED), tambah pakar perubatan jabatan am sebagai jawatan tetap di sini. Sebelum ini, contohnya pakar Neorologi dari Hospital Selayang akan datang sebulan sekali ke sini begitu juga dengan pakar-pakar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja di Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Tambah Dr Dzulkefly, setakat ini tiada keperluan untuk membina hospital baharu di Kuala Kubu Bharu dan apa yag penting ialah memastikan keperluan sumber manusia hospital mencukupi.

“Kita boleh mempunyai banyak hospital tapi jika kapasiti sumber manusianya sekadar 50 peratus tiada guna, dan ini yang menjadi cabaran kepada saya,” jelasnya . – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Isu ladang Musang King: Keputusan Mahkamah Kuantan wajar




KUALA LUMPUR:
 Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang terhadap mereka sebelum ini adalah wajar.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan berkata, hampir kira-kira 4,400 hektar tanah kerajaan di Raub diceroboh secara haram adalah bukan perkara yang kecil.

“Keputusan menolak rayuan pekebun-pekebun yang menceroboh adalah tindakan yang wajar.

“Namun, pihak berkenaan perlu meneliti sekiranya perlu menolak dan diam atau perlu ada tindakan yang lebih tegas supaya kejadian sebegini tidak dipandang enteng oleh mana-mana pihak.

“Pencerobohan tanah kerajaan secara haram adalah tindakan yang melanggar undang-undang yang serius dan merugikan masyarakat serta negara secara keseluruhan.

“Ia mempunyai kesan negatif yang besar terhadap kestabilan, kedaulatan, dan pembangunan negara,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, setelah beberapa tahun isu pekebun haram menceroboh tanah kerajaan, akhirnya rakyat Pahang boleh menarik nafas lega dengan keputusan terkini mahkamah.

“Pekebun yang menceroboh tanah kerajaan secara haram tanpa kebenaran perlu akur dengan keputusan mahkamah dan perlu bersedia untuk menerima apa saja tindakan yang akan dikenakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/4/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRK KKB: Calon PN, Khairul Azhari lalui empat tapisan

Khairul Azhari terpilih sebagai calon Perikatan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu menjelang 11 Mei 2024 atas dasar beliau sudah cukup dewasa, berpengalaman luas dan berkelayakan, selain merupakan warga asal yang sudah lama menetap di Kuala Kubu Bharu.




HULU SELANGOR
: Setiap calon Perikatan Nasional (PN) yang dilantik termasuk calon N.06 Kuala Kubu Bharu (KKB), Khairul Azhari Saut akan melalui tapisan secara intensif dan ekstensif.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertama adalah tapisan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan kedua tapisan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ketiga (tapisan) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keempat (tapisan) dari segi insolvensi. Selain dari segi karakter, nilai moral beliau dan sebagainya. Itu semua kita ambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon PRK Kuala Kubu Bharu, di Bilik Gerakan Utama Oasis Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali, di sini, lewat malam tadi.

Dalam pada itu menurut Muhyiddin, PN telah menimbangkan daripada semua sudut bukan sahaja aspek kerusi ataupun jumlah pengundi, tetapi lebih meluas, mengenai soal situasi semasa.

“Kita dapat feedback (maklum balas) daripada penduduk dan pengundi di sini (Kuala Kubu Bharu) daripada berapa sumber yang kita dapat, di samping itu kita tahu dalam situasi dan keadaan negara yang berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah.

“Rakyat berhadapan dengan isu ekonomi dan berbagai-bagai lagi. Jadi, kita ambil kira semua faktor-faktor tadi di samping ada juga pandangan penduduk tempatan.

“Kita buat keputusan macam mana yang kita umumkan pada hari ini untuk meletakkan saudara Khairul sebagai calon kita ada (yang) qualification(kelayakan) anak tempatan sudah lama berada (menetap) di sini.

“Dikenali ramai dan dalam umur yang cukup dewasa (iaitu 54 tahun). Saya kira  beliau boleh berperanan sebagai wakil rakyat yang berkesan. Sebab itulah asal-asal yang jadi pertimbangan kita,” tegas Muhyiddin. 

Khairul Azhari fokus gerak kerja PRK KKB

Sementara itu, Khairul Azhari Saut berkata, buat masa ini beliau hanya akan memfokus terhadap gerak kerja pilihan raya untuk menang di PRK Kuala Kubu Bharu. 

Mantan Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor ini menegaskan beliau menyasarkan untuk memberikan kemenangan kepada PN menjelang PRK KKB pada 11 Mei ini.

“Buat masa ini, kami memberi tumpuan untuk memenangi Kuala Kubu Bharu, dan oleh itu, adalah penting untuk bergerak secara cekap dalam tempoh dua minggu akan datang menjelang hari pengundian.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai pihak lain. Kita tunggu Sabtu ini untuk melihat sama ada ia akan menjadi perlawanan lurus atau berbilang penjuru,” katanya merujuk kepada hari penamaan calon yang dijadualkan pada 27 April ini,” katanya.

Selain PN dan PH, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, namun masih belum membuat keputusan sama ada akan meletakkan calon atau sebaliknya.

Turut hadir pada pengumuman calon pada malam tadi ialah  Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Menteri Besar Kedah; Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengumumkan Pang Sock Tao, 31, yang merupakan pegawai pembantu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming, sebagai calon Pakatan Harapan untuk PRK KKB kali ini.

Kerusi Kuala Kubu Bharu kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tiga penggal DUN berkenaan, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada PRK negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon daripada PN, Parti Rakyat Malaysia dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan majoriti 4,119 undi. – HARAKAHDAILY 26/4/2024











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Gabungan PH-BN retak menanti belah




HULU SELANGOR
: Kerajaan Persekutuan diketuai Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) ketika ini tidak mampu mempamerkan pencapaian untuk membawa negara bergerak ke depan dengan lebih baik.

Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRK N.06 Kuala Kubu Bharu PN di Bandar Utama Batang Kali, di sini malam tadi.

Beliau membidas sikap Menteri yang apabila gagal menjawab persoalan atau isu dibangkitkan terhadap kerajaan, lalu diarahkan orang bercakap itu diam di mana tidak menggambarkan watak sepatutnya bagi seorang Menteri.

“Bukan lagu (macam) itu jadi Menteri cik hoi. Bukan pelakon. Kita kena ada integriti, kena ada jawapan, kena ada kefahaman yang jelas kepada senario yang berlaku, bukan tangkap muat semua. Tak boleh jawab suruh diam. 

“Level Menteri PH-BN yang ada pada hari ni tara (setakat) itu jelah. Kalau tengok level Menteri tara itu, boleh bayang dah kerajaan ni tara mana? Tara itulah, tak boleh pi mana? Tak tahu nak buat apa,” bidasnya.

Tempelaknya, begitu juga apabila gagal menjawab persoalan dibangkitkan, kerajaan hari ini juga mengarahkan tangkapan dibuat ke atas individu terbabit, sedangkan kerajaan langsung tidak menunjukkan pencapaian.

Jelas beliau, pentadbiran Kerajaan PH-BN juga tidak dapat dibandingkan dengan pencapaian Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama 33 bulan kerana keadaan dan senario dialami berbeza.

Menteri Besar Kedah itu menyerlahkan dalam ucapannya kegagalan kerajaan ketika ini menguruskan antaranya isu ketiadaan beras tempatan di pasaran, berbeza zaman Kerajaan PN banyak beras walaupun negara berdepan pandemik COVID-19.

“Oleh kerana beras tak ada, lahir dalam pemikiran pemimpin-pemimpin kerajaan, untuk ganti karbohidrat (dari beras) makanlah ubi kayu. Jadi pemimpin, tapi tidak pernah melalui kehidupan sebagai rakyat biasa.

“Dia ingat ubi kayu walaupun sama-sama ada karbohidrat, boleh ganti nasi? Simple saja pemikiran depa (mereka), sangat ringkas. Boleh jadi Speaker (Dewan Rakyat) ooh hangpa, jangan terkejut. Pemikiran macam itu boleh jadi Speaker Dewan Rakyat. 

“Kalau lagu (macam) itu berlambak (orang) di Batang Kali ini boleh jadi Speaker. Hang (kamu) tahu ubi kayu itu (menyebabkan) kembung (perut),” ujarnya membidas pemikiran terhadap cadangan makan ubi kayu itu.

Kata Sanusi, dengan pemikiran seperti itu, kemampuan pemimpin kerajaan pada hari ini tidak diyakini untuk negara menghadapi cabaran dunia masa kini di mana terdapat peperangan dan politik tidak stabil di beberapa belahan dunia.

“Ada ‘stand’ (pendirian) yang perlu kita buat sebagai sebuah negara berkecuali dalam konflik antarabangsa yang makin hari makin berkembang. Maka pemikiran geopolitik pemimpin negara mesti tinggi jauh mengatasi kita semua,” ujarnya.

Tambah beliau, apatah lagi pemimpin Kerajaan Perpaduan ketika ini sudah tidak berpadu di mana saling berpecah dan berkelahi menunggu masa untuk bercerai, sudah tentu berantakan tanpa persefahaman itu akan menjahanamkan negara.

Menurut Sanusi, pemimpin politik kerajaan hari ini hanya berlakon di depan rakyat sahaja menutup percakaran dalaman yang berlaku antara mereka di mana semua itu akan memberi kesan besar kepada pemerintahan negara.

Beliau juga menyifatkan pemimpin kerajaan memerintah ketika ini tidak tahu melaksanakan kerja hakiki kerana sibuk mencari salah, serta memfitnah dan memburukkan orang lain sedangkan tanggungjawab sebagai kerajaan terlalu banyak.

“Kita tengok senario dan situasi semasa kita tahu dah buat penilaian kerajaan ni. Kalau dibiarkan berlama-lama berlarut-larut memimpin negara ini, negara ini akan rosak jahanam dan tidak akan mampu pergi ke depan.

“Kerana cabaran kita bukan lagi macam cabaran dulu, sekarang ini semakin besar perubahan dunia, baik perubahan cuaca mahupun perubahan politik perubahan geopolitik. Kegiatan-kegiatan intelligence yang akan datang untuk menguasai negara ini. 

“Kena ada kepimpinan negara yang benar-benar faham realiti dan situasi untuk pimpin kita semua keluar daripada situasi ini. Kita akan jadi negara yang kukuh, negara yang kuat, negara yang boleh menjadi contoh.

“Bagaimana kita hidup aman damai, dalam keadaan kita berbilang kaum untuk memajukan ekonomi untuk semua orang tanpa meminggirkan mana-mana kaum. Inilah yang ada resipi itu hanya dalam PERIKATAN NASIONAL untuk kita di Kuala Kubu Bharu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/4/2024









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Semangat BN makin pudar di KKB




BELUM 
pun kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) bermula secara rasmi esok, MCA dan Barisan Nasional (BN) terus menjadi mangsa serangan DAP.

Biarpun impian DAP bermati-matian mahu mempertahankan kerusi DUN tersebut, namun usaha itu dilihat semakin sukar. Malah samar.

DAP seperti hanya mengharapkan sokongan padu pengundi Cina dan tidak penduduk Melayu dan samar bagi kaum India.

Ini kerana KKB mempunyai demografi pengundi hampir setara. Pengundi Melayu sebanyak 46.4 peratus; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).

Namun, isunya apakah pengundi Cina kali pada PRK kali ini tetap memilih DAP. Sudah tentu agak sukar. Ini kerana KKB merupakan kubu kuat MCA sejak 1957 sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Malangnya, ketika calon DAP Pang Sock Tao bermati-matian menagih simpati pengundi Cina, mereka tidak segan silu pula melukakan perasaan penyokong MCA dan BN.

Keadaan itu turut disedari Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Ah Soon. Pada lontaran di laman sosialnya semalam beliau mempersoalkan tindakan calon DAP mempersendakan MCA dan BN.

Katanya, calon DAP sehingga kini masih mengutuk BN dan segala salahnya kerana BN.

Oleh itu pesannya, “Jangan menggali buah bawang, carilah dulu buah kemiri; jangan asyik mengutuk orang, carilah dulu salah sendiri.

“Tak habis-habis BN dimaki, tak sudah-sudah MCA dikutuk,” ujarnya.

Mengakhiri catatan itu Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor dan ADUN Yong Peng… maaflah untuk turun kempen di KKB.

“Soal turun kempen PRK untuk calon DAP di KKB? Bak kata Prabowo ‘sorry yeh’,” tambahnya.

Beliau turut menagih pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mengenai ucapan calon DAP di KKB. Apa pandangan anda?

Nah, sudah terang lagi bersuluh.

Malah MCA meminta pihak lain menghormati parti itu tidak turun padang membantu kempen calon DAP di KKB.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong pada kenyatan pula berkata, parti itu berpendirian tegas hanya akan turun berkempen jika calon BN bertanding pada pilihan raya tersebut.

Semangat BN

“Adakah salah MCA mempertahankan semangat BN? Telah dinyatakan dengan jelas, MCA hanya turun membantu sekiranya calon daripada BN.

Pada Jumaat lepas Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA pada bermesyuarat mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN KKB.

Perkara tersebut jelas dan muktamad. Bagaimanapun bagi mengurangkan aib PH, pemimpin PKR Fahmi Fadzil dilapor berkata, keputusan MCA tidak membantu kempen calon DAP tidak akan mengganggu fokus jentera PH menghadapi PRK Kuala Kubu Bharu.

“Calon yang ditampilkan Pang Sock Tao mewakili DAP menjadi keutamaan seluruh jentera parti gabungan PH dan BN,” ujar Menteri Komunikasi.

Langkah MCA sebagai strategi pulang paku buat keras. Jelas kerajaan Madani bukan disertai MCA dan MIC, sebaliknya hanya Umno. Pemimpin Umno yang dapat laba berganda bukan MCA dan MIC.

Berdasar perkembangan itu tidak hairan ramai menganggap DAP memulakan langkah tempang di KKB. Makin jelas usaha DAP mahu mempertahan majoriti 4,119 undi makin berliku.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos 2023 DAP menang bergaya di Kuala Kubu Bharu. Mendiang Kee menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong.

Apapun konflik MCA-DAP setidak-tidaknya memberi sinar buat calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut. Sekiranya undi Melayu solid dan undi Cina berpecah, peluang PN di KKB makin cerah. 

Khairul dilihat mampu menebus maruah Kien Hong pada PRN lepas. Kita tunggu dan lihat. – HARAKAHDAILY 26/4/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Calon Asli ‘berpotensi’ kecilkan majoriti DAP, kata penganalisis

Seramai 40,226 pemilih layak mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu termasuk pengundi Orang Asli yang mewakili kelompok kecil.


PETALING JAYA: Penyertaan Parti Orang Asli Malaysia (Asli) pada PRK Kuala Kubu Baharu dijangka hanya akan mengecilkan 4,119 undi majoriti dinikmati Pakatan Harapan (PH) pada PRN tahun lalu, kata penganalisis.

Kelmarin, FMT melaporkan Asli akan mempertaruhkan seorang ahli perniagaan muda yang juga anak orang Asli Selangor sebagai calon pada PRK 11 Mei itu.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata walaupun Kuala Kubu Baharu menjadi medan pertama Asli menampilkan kekuatannya, namun tidak dinafikan calon parti itu mampu menjadi pemecah undi.

Menurutnya, parti baharu boleh meraih sebahagian sokongan masyarakat Orang Asli yang mewakili 1% daripada keseluruhan 40,226 pemilih.

“(Penyertaan Asli) dianggap sebagai pemecah undi kerana mereka tahu mereka tak akan menang kerana lazimnya majoriti orang Asli akan menyokong kerajaan hari ini.

“Jadi yang rugi di sini adalah PH yang mungkin akan kehilangan sedikit undi daripada orang Asli,” katanya kepada FMT.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebaliknya berpendapat calon Asli tidak berupaya mengubah sebarang angka, malah penyertaan parti ditubuhkan Disember 2022 itu hanya sia-sia.

“Ini kerana parti yang jauh lebih berpengaruh seperti Pejuang, Muda dan Putra…yang nampak lebih menonjol pun mereka gagal dalam setiap pilihan raya malah mereka hilang deposit,” katanya.

“Hari ini orang hanya memilih dua parti sama ada kerajaan perpaduan atau Perikatan Nasional (PN). Jadi lain-lain parti tidak signifikan dalam urusan demokrasi di Malaysia.”

Bagaimanapun, Mazlan tidak menolak parti dipimpin Rashid Ka’ itu mampu meraih paling tinggi sehingga 500 undi, bergantung kepada undi signifikan kaum itu.

DUN Kuala Kubu Baharu terletak bawah Parlimen Hulu Selangor yang mempunyai 46% pengundi Melayu, Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (5%).

DAP yang mewakili PH mencalonkan Pang Sock Tao, 31, dalam misi mempertahankan DUN Kuala Kubu Baharu yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu.




Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Rumah terbuka Aidilfitri di KKB mungkin jadi kesalahan pilihan raya, kata Bersih

Bersih mengingatkan kerajaan Selangor tidak menggunakan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Kuala Kubu Baharu sebagai platform berkempen sempena PRK.


PETALING JAYA: Bersih memberi amaran rumah terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Kuala Kubu Baharu, dijadualkan petang esok mungkin melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Badan pemerhati pilihan raya itu berkata, acara tersebut akan diadakan pada hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dan melibatkan aktiviti seperti jamuan makan serta pemberian duit raya.

“Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan bawah Seksyen 10 (Penyogokan),” katanya dalam kenyataan.

Majlis rumah terbuka tersebut, yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Amirudin Shari, exco dan lain-lain, dijangka menarik kira-kira 25,000 pengunjung.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Video Pang kritik BN ‘bahan’ kempen PRU15 lepas, kata Teo

Tangkap layar video calon DAP bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao mengkritik Barisan Nasional ketika kempen PRU15.


PETALING JAYA: Video berhubung calon DAP bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao mengkritik Barisan Nasional (BN) ialah video lama ketika kempen PRU15, kata Teo Nie Ching.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, video berkenaan diambil pada November 2022 ketika kempen PRU15 di Kulai, Johor.

“Itu video lama pada 2022. Ucapan di Kulai semasa dia berkempen bagi calon PH (untuk kerusi Parlimen) Kulai,” katanya dalam kumpulan WhatsApp media.

Teo ialah Ahli Parlimen Kulai dan timbalan menteri komunikasi.

Teo dalam catatan Facebook kemudiannya berkata, ada banyak lagi video pemimpin DAP mengutuk BN dan MCA, begitu juga sebaliknya ketika kempen PRU15.

“Tetapi, apabila kerajaan perpaduan dibentuk, sebagai pemimpin yang matang, kita perlu ‘move forward’ dan terus bekerja untuk berikan yang terbaik bagi pastikan kejayaan kerajaan perpaduan.”

Video Pang, yang juga setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pada asalnya dimuat naik di akaun TikTok jaguh1119 pada 13 Nov 2022.

Dalam video itu, Pang berkata, rakyat Malaysia “putus harapan terhadap Malaysia” selepas lebih 60 tahun pemerintahan BN.

Beliau turut mempertahankan Nga yang berkata kerajaan persekutuan PH akan memperbaiki keadaan ekonomi Malaysia ke tahap rakyat Singapura akan datang ke sini untuk mencari pekerjaan dan bukan sebaliknya.

Pang berkata, “BN tidak boleh” melakukan ini, tetapi PH mampu mencapainya jika diberikan tempoh lima hingga 10 tahun di Putrajaya.

Video itu muncul semula baru-baru ini dan turut dikongsi Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon.

Teo meminta Ling “lebih matang sedikit” memandangkan video itu bukan baharu dan ia sengaja disebarkan selepas Pang diumumkan calon PH untuk PRK pada 11 Mei ini.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Gerakan tak kecil hati, malah berpendapat sama wajar letak anak tempatan

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumum sebagai calon Perikatan Nasional untuk PRK Kuala Kubu Baharu. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Gerakan berkata parti itu “rela” berkompromi untuk memberi laluan kepada Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kuala Kubu Baharu atas faktor pemilihan anak tempatan sebagai calon gabungannya.

Pada PRN Ogos lalu, Gerakan bertanding di kerusi itu namun kalah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Dominic Lau minggu lalu mengumumkan hasrat parti berkenaan mewakili PN.

Namun semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut sebagai calon komponen itu sambil menjelaskan ada kompromi atau tolak ansur daripada Gerakan dalam keputusan berkenaan.

Bercakap kepada FMT, Naib Presiden Gerakan G Parameswaran berkata sebelum ini ada beberapa nama pemimpin Melayu disenarai pendek antaranya Muniraa Abu Bakar (Gerakan) dan Khairul Azhari memandangkan majoriti pengundi di Kuala Kubu Baharu adalah daripada komuniti itu

Katanya, parti itu turut menyenaraikan Ketua Gerakan Selangor Henry Teoh yang bertanding di kerusi tersebut pada PRN lalu dan tewas kepada Lee Kee Hiong daripada PH.

“Gerakan tiada masalah bila PN letak Khairul Azhari kerana beliau orang tempatan di sana, kita akui ada risiko jika letak Muniraa yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Mungkin Parlimen lain ceritanya tetapi DUN agak sensitif, jadi bila kita letak orang tempatan dia tahu lorong mana, rumah siapa dia nak pergi dan bersedia bila-bila masa jika sesuatu berlaku,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Khairul Azhari juga mengambil kira pandangan penduduk tempatan termasuk orang Asli di Kuala Kubu Baharu yang mahukan anak jati.

“Kita dah masuk ke kampung-kampung sebelum PRK lagi, termasuk perkampungan Orang Asli di sana, semua kata nak orang tempatan. Jadi calon dah ditentukan, kita terima dan kita mesti bekerja.”

Parameswaran berkata, tiada istilah kecewa dalam Gerakan yang akan terus berkempen dan memastikan kemenangan calon PN.

“Kita tak ada nak ‘muncung’ ke apa…prinsip berparti siapa yang dipilih, kita kena turun (kempen), kita tak boleh boikot,” katanya yang akan mengetuai Gerakan berkempen di kawasan majoriti pengundi India seperti Kerling dan Rasa.

Rabu lalu, PH mengumumkan Pang Sock Tao daripada DAP sebagai calonnya dalam misi mempertahankan kerusi Kuala Kubu Baharu yang kosong susulan kematian Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat barah.

DUN Kuala Kubu Baharu terletak bawah Parlimen Hulu Selangor yang mempunyai 46% pengundi Melayu, Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (5%).


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo