NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tingkat kualiti, Malaysia mampu hadapi tarif AS, kata Nazri




BANGI, 9 SYAWAL — Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan pedagang Malaysia tidak mengabaikan aspek kualiti produk yang mahu dieksport ke Amerika Syarikat (AS). 

 

Bekas duta besar ke AS itu berkata tarif yang diumumkan Presiden Donald Trump bakal mengakibatkan kenaikan harga jualan maka kualiti sesuatu produk amat mustahak.

 

“AS naikkan tarif, yang susah rakyat mereka sebab produk dijual berdasarkan harga kenaikan tarif. Rakyat mereka yang membayar lebih. Mungkin ada pengguna enggan membeli. 

 

“Tetapi jika kualiti produk kita bagus, mereka akan beli juga. Begitu juga produk China yang semakin baik seperti kereta elektrik. Jadi dengan kenaikan tarif, rakyat AS tetap akan beli.

 

“Ini kerana mereka memikirkan kesan jangka panjang. Maknanya yang menerima kesan kenaikan tarif ini adalah rakyat AS sendiri. Pada saya kita tidak perlu bimbang,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian kepada TV Pertiwi mengulas pengumuman Trump terhadap pengenalan tarif timbal balik 24 peratus terhadap barangan import dari Malaysia.

 

Selain Malaysia, Trump turut mengumumkan kadar tarif lebih tinggi terhadap beberapa negara Asia Tenggara lain yang berdagang dengan AS.

 

Nazri berkata tarif adalah amalan biasa negara asing maka kerajaan dan pemain industri perlu mempunyai strategi bagi menangani kenaikan tarif. 

 

Katanya, apa yang lebih penting adalah tawaran kerajaan kepada pelabur asing dalam memastikan mereka tetap berdagang di Malaysia.

 

“Seperti China mereka sudah dapat membaca bagaimana pentadbiran Trump dan mereka sudah bersedia. AS naikkan tarif, China pun buat benda yang sama.   

 

“Kita perlu hasilkan produk berkualiti. Buat macam mana pun, rakyat AS tetap akan membeli. Itu yang penting. Pelabur ini akan melabur di mana negara yang melayan mereka dengan baik. 

 

“Beri pelepasan apa yang patut dan tidak merugikan negara. Mereka akan datang,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo