BANGI, 10 SYAWAL — Tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat bertujuan untuk mengurangkan defisit dagangan negara itu, demikian menurut pandangan Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata, defisit dagangan itu berlaku apabila nilai import melebihi eksport di AS.
Menurut beliau, langkah itu adalah untuk membolehkan komuniti peniaga di AS menembusi pasaran di luar negara dan akhirnya menghasilkan imbangan dagangan di AS.
“Imbangan dagangan di AS, defisitnya begitu tinggi.
“Pada tahun lalu, defisitnya mencecah AS$1.2 trilion dan angka ini kian meningkat. Maksudnya, nilai import melebihi nilai eksport.
“Jadi apa yang mahu dicapai adalah nilai eksport seboleh-bolehnya dapat ditingkatkan supaya defisit imbangan ini dapat dikurangkan,” katanya kepada TV Pertiwi.
Sebelum ini, AS dilaporkan mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24% terhadap beberapa barangan import dari Malaysia.
Selain Malaysia, Trump turut mengumumkan kadar tarif lebih tinggi terhadap beberapa negara Asia Tenggara lain yang berdagang dengan AS.
China dikenakan tarif sebanyak 34%; Kesatuan Eropah, 20%; Vietnam, 46% dan Sri Lanka, 44%.
Mengulas lanjut, Mohd Afzanizam berkata, strategi yang dilakukan oleh AS agar lebih banyak negara datang membuka ruang perbincangan dan penyelesaian melalui perundingan dua pihak.
“Kerajaan Amerika Syarikat dilihat begitu terbuka untuk berbincang dengan negara-negara yang terlibat. Dengan tujuan untuk membawa kepada perbincangan supaya suatu penyelesaian yang ‘menang-menang’ akan dicapai.
“Lebih banyak negara akan datang berjumpa dengan mereka untuk berbincang supaya sekatan-sekatan ini dapat dilonggarkan,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment