NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemergian Tun Abdullah kehilangan besar buat negara




KUALA LUMPUR
: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menyampaikan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Sumbangan dan jasa beliau dalam memimpin Malaysia dengan pendekatan sederhana, berhemah dan penuh ketenangan akan terus dikenang dalam lipatan sejarah tanah air.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan para solihin, dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi saat duka ini,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN), di sini pada jam 7:10 malam sebentar tadi.

Makluman tersebut disampaikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga menantu Allahyarham Abdullah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah telahpun dibawa ke kediamannya di Seri Carcosa sekitar jam 8:40 malam tadi dan dijadualkan dibawa ke Masjid Negara jam 11 pagi esok untuk penghormatan terakhir.

Majlis pengebumian akan disempurnakan selepas jenazah disolatkan selepas Zohor dan dikebumikan di Makam Pahlawan. – HARAKAHDAILY 14/4/2025




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo