Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari secara sinis memohon maaf kerana membuat cadangan itu, tetapi peringat beliau, gesaan bercuti kepada ketua jabatan atau pemimpin kerajaan sering didesak PH setiap kali adanya siasatan.
“Itu amalan Pakatan Harapan ketika jadi pembangkang dulu. Sekarang dah jadi kerajaan mungkin mereka lupa kot? Tapi saya nak minta maaf kepada Menteri Besar Selangor kerana minta beliau bercuti.
“Cuma saya nak jelaskan bahawa cadangan itu ialah kerana beliau sendiri sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor mengakui audit telah pun masuk untuk nak siasat MBSJ dan juga Koridor Utiliti Selangor atas dakwaan mungkin berlaku kecuaian dan sebagainya.
“Jadi kalau audit masuk nak siasat, bolehkah audit menyiasat satu jabatan kerajaan sedangkan beliau masih lagi mengetuai kerajaan tersebut?
“Dan juga Datuk Bandar sendiri telah mengesahkan bahawa aduan rakyat telah diterima sehari sebelum letupan tersebut laku dan tindakan telah diambil dan semuanya ikut SOP. Kalau semua ikut SOP, nak audit buat apa lagi?” ujarnya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, sekiranya audit tersebut berlaku, ia tidak dapat dijalankan dengan lancar dan dan baik tanpa tekanan kerana ketua kerajaannya masih lagi orang yang sama.
“So, ketua kerajaan kena bercuti, pada pandangan saya, beliau perlu bercuti. Tetapi saya juga nak ingatkan bahawa satu lagi kenapa ketika permit disambung, kalaulah ia disambung. Tak tahu sambung ke tidak?
“Tapi kalau ia disambung, kenapa pihak MBSJ (Majlis Bandaraya Subang Jaya) tidak membuat semakan terhadap CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) bahawa syarikat pemaju ini sedang dikenakan tindakan tatatertib?
“Jadi, inilah persoalan-persoalan yang sedang bermain di kepala rakyat. Saya nak minta maaf kepada Menteri Besar Selangor sebab minta beliau bercuti. Sepatutnya saya tak minta beliau bercuti, tapi saya minta beliau letak jawatan!
“Sebab beliau pun nak main politik dalam isu ini. So letak jawatanlah mudah. Bagi kat orang lain. Sekadar nak membantu Kerajaan Selangor, orang lain pun boleh umum. Tak ada masalah. Bagi aje orang lain umum, beliau terus letak jawatan buat video. Itu lebih baik,” bidasnya.
Membalas keceluparan Amirudin menyebut ‘Parti Islam fitnah’ dan sebagainya, Fadhli memberi ingatkan bahawa kaki fitnah ialah TikTok yang menggunakan Pusat Informasi Negeri Selangor.
Menurut beliau, pusat informasi itu telah mengeluarkan video sebulan lepas bahawa peruntukan telah sampai ke Kerajaan Kelantan untuk buat tebatan banjir tapi telah disalurkan kepada Ahli-ahli Parlimen.
“Ini fitnah. Adakah video telah ditarik balik? Tidak! Adakah akaun tersebut digantung? Tidak! Video masih lagi ada dalam TikTok Pusat Informasi Negeri Selangor. Itu lagi fitnah. Jangan kata orang lain fitnah. Kamu itu kaki fitnah,” tempelaknya lagi. – HARAKAHDAILY 8/4/2025
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment