NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS persoal kedudukan calon BN




Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kedudukan calon Barisan Nasional yang aktif berpolitik ketika berkhidmat sebagai penjawat awam kanan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

 

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, calon yang diketengahkan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir adalah pegawai gred DG52 dan dalam masa sama memegang jawatan sebagai setiausaha parti di peringkat bahagian. 

 

Soalan saya, bolehkah seorang penjawat awam dengan jawatan gred DG52  yang bertugas dengan KPM dalam masa yang sama aktif dalam politik termasuk memegang jawatan sebagai setiausaha sebuah parti di peringkat bahagian?

 

“Jika tidak boleh, adakah dia dikira telah melakukan kesalahan dan wajar dikenakan tindakan? Menteri Pendidikan, saya mohon jawapan, terima kasih Tan Sri Yang Dipertua,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

 

Menerusi hantaran di Facebook itu, beliau mendakwa ia merupakan maklumat yang diperoleh daripada Facebook milik pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

 

Pada Isnin, BN mengumumkan nama Yusri sebagai calon mereka untuk PRK  itu, yang akan berlangsung pada 26 April ini.

 

Menurut biodatanya, Yusri memegang ijazah kedoktoran dalam pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan mengetuai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di maktab perguruan di Ipoh.

 

Beliau juga adalah pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk pendidikan kanak-kanak di Tapah.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo