NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakar forensik dakwa leher Zayn Rayyan dijerut sampai mati




BANGI, 9 SYAWAL — Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mendengar keterangan pakar forensik yang terlibat dalam bedah siasat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin.  

 

Dr Rohayu Shahar Adnan berkata punca kematian Zayn Rayyan adalah disebabkan jerutan di leher berdasarkan bedah siasat pada 7 Disember 2023, lapor Sinar Harian. 

 

“Terdapat kesan jerutan di leher yang bertindih terletak enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri termasuk otot-otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan turut lebam.

 

“Ini menunjukkan perbuatan itu cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak seterusnya melemaskan si mati hingga mengakibatkan kematian,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di mahkamah hari ini sebagai saksi pendakwaan ke-27 kes pengabaian Zayn Rayyan.  

 

Dr Rohayu berkata hasil bedah siasat juga mendapati terdapat kesan trauma tumpul dan tajam serta benda asing pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan.

 

Katanya, di bahagian dubur si mati juga terdapat luka koyak akibat tusukan objek tumpul tetapi tidak menyebabkan kematian. 

 

“Jasad si mati mula membusuk berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.

 

“Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa,” katanya.

 

Pasangan suami isteri Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah pada Jun tahun lalu atas dakwaan mengabaikan Zaun Rayyan, 6.

 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 5 hingga 6 Disember 2023. 

 

Zaim dan Ismanira didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara tidak melebihi 20 tahun.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo