NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin nafi bertanggungjawab pengambilan tanah Kampung Sungai Baru




BANGI,15 SYAWAL – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau bertanggungjawab membuat keputusan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru. 

 

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, keputusan pengambilan tanah tersebut yang dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak melibatkan dirinya sebagai perdana menteri ketika itu. 

 

“Sebaliknya, keputusan terbabit dibuat melalui proses yang diperuntukkan dalam akta berkenaan, yang mana keputusan diputuskan oleh pihak berkuasa tanah Wilayah Persekutuan.

 

“Jika pengambilan tanah tersebut tidak dibuat mengikut lunas undang-undang, mahkamah boleh menentukan hak-hak pihak yang terjejas,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

 

Menurut bekas perdana menteri itu, dirinya telahditohmah bertanggungjawab membuat  keputusan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru ketika menjawat jawatan itu. 

 

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila sebahagian penduduk asal, termasuk penghuni rumah teres, tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang ditawarkan.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo