BANGI,15 SYAWAL – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz meluahkan rasa hairan apabila parti DAP dilihat ‘koyak’ dengan penggunaan karikatur menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Beliau berkata, tindakan Perikatan Nasional (PN) berbuat demikian tidak seteruk dengan apa yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) dan DAP ketika mereka menjadi pembangkang dahulu.
“Sekurang-kurangnya sindiran politik yang dilakukan adalah berdasarkan fakta, sikap pemimpin DAP dan realiti politik semasa.
“Dahulu, sewaktu Pakatan Harapan (PH) dan DAP menjadi pembangkang, mereka lakukan jauh lebih teruk, ia bukan setakat sindiran politik, tetapi memperbadutkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperlekehkan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Tidak cukup, memfitnah dengan memasukkan gambar Altantuya Shaariibuu, memijak gambar Najib dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan sebagainya,” katanya kepada Tv Pertiwi.
Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata sikap DAP yang emosional dalam hal ini membuktikan parti itu tidak tahan dikritik dan dikritik.
“Sikap hipokrit dan ‘double standard’ DAP , iaitu sikap kalau DAP buat apa sekalipun, DAP tetap tidak salah, kalau pihak lain buat, ia adalah satu kesalahan di mata DAP,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, meluahkan rasa kecewa berhubung tindakan PN menggunakan karikatur menyindir Perdana Menteri dan Setiausaha Agung parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment