NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

K erajaan gagal jika undi BN merosot




BANGI, 10 SYAWAL — Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan penambahan majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning jika mahu membuktikan kejayaan bersama Pakatan Harapan (PH).  

 

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategi Nusantara Prof Dr Azmi Hassan berkata jika tiada peningkatan majoriti, maka ia menunjukkan kegagalan kerajaan campuran. 

 

“Pilihan raya lepas majoriti yang dimenangi calon UMNO agak banyak dan selesa. Maknanya kalau bertanding solo pun boleh menang. 

 

“Kalau majoriti undi yang dimenangi kurang berbanding pilihan raya lepas, maka Perikatan Nasional (PN) akan mendakwa kerjasama BN-PH tidak menjadi, rakyat tidak suka.

 

“Isunya sekarang bukan siapa yang akan menang tetapi majoriti yang akan dimenangi calon UMNO,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini susulan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahrudddin.

 

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini dan hari pengundian awal pada 22 April.

 

Isham, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dengan majoriti 2,213 undi. 

 

Allahyarham meraih 9,088 undi menang dalam pertembungan lima penjuru menewaskan calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Sosialis Malaysia (586) dan Parti PEJUANG (105).

 

Azmi berkata BN mempunyai potensi besar untuk memenangi PRK Ayer Kuning jika jumlah undi BN dan PH pada PRU15 digabungkan dalam PRK kali ini.

 

Katanya, penyokong UMNO yang tidak menyebelahi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memberikan undi kepada calon PN.   

 

“Ada penyokong UMNO tidak suka Anwar, ramai juga penyokong PH tidak menyukai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

 

“Kalau pengundi PH tidak suka Zahid, mereka tidak akan keluar mengundi. Mereka juga tidak akan keluar mengundi PN kerana di dalamnnya ada PAS. 

 

“Pengundi yang tidak suka Anwar, ada kemungkinan mereka akan keluar mengundi tetapi mengundi PN. Itu yang bahaya,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo