BANGI,15 SYAWAL – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sepatutnya meminta pihak berkuasa menahan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui kerana menghalang tugas penjawat awam, kata Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Tun Ismail Aziz.
Malah, beliau berkata, Wan Rosdy juga sepatutnya meminta Peguam Negara mendakwa wakil rakyat DAP itu atas kesalahan bersubahat melindungi penjenayah dan menghalang tugas penjawat awam, minta dipohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi.
Ujarnya, Yu Hui juga sewajarnya dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan di bawah kesalahan menderhak titah Tuanku Sultan Pahang.
“Beranikah menteri besar UMNO dan ahli-ahli UMNO Pahang berbuat demikian? Ketua Pemuda UMNO Akmal berani tak?
“Mana nak berani sebab UMNO dan DAP sama-sama dalam kerajaan Pahang. Mana nak berani, sebab dah confirm sekarang, undi BN dapat DAP,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Media sebelum ini melaporkan berlaku perang mulut antara pekebun durian haram bersama kakitangan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bagi menghalang tugas pihak berkuasa.
Rakaman video itu turut tular di media sosial yang memaparkan pertembungan berlaku antara Ahli Parlimen Raub itu yang merangkap Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) dan pekebun haram.
Kumpulan tersebut mendakwa kerajaan negeri melanggar perintah mahkamah apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King yang berusia antara 40 hingga 50 tahun itu.
Bagaimanapun kerajaan negeri Pahang menafikan tuduhan terbabit, malah satu operasi dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Tanah Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment