Zuhud bermaksud hati yang tidak terikat dengan dunia walaupun seseorang memiliki segala kemewahan. Ia bukan soal tidak memiliki harta, tetapi bagaimana seseorang mengurus dan melihat harta itu. Seseorang yang benar-benar zuhud boleh jadi seorang hartawan, tetapi hatinya tidak terpaut kepada kekayaan itu. Dia boleh memiliki rumah besar, kereta mewah, pakaian yang indah, tetapi pada masa yang sama, dia tidak gelisah atau marah jika semua itu hilang atau rosak. Sebaliknya, dia redha kerana dia tahu harta dunia hanyalah pinjaman dan alat untuk berbakti kepada Allah.
Sebaliknya, orang miskin yang kelihatan serba kekurangan tidak semestinya zuhud. Jika hatinya terlalu melekat kepada harta yang sedikit itu, dia mungkin lebih kedekut, lebih berkira-kira, dan lebih bimbang akan kehilangan barangannya. Hatinya masih terikat dengan dunia, walaupun dalam bentuk yang kecil.
Justeru, zuhud bukanlah soal miskin atau kaya, tetapi soal hati. Seorang kaya lebih berpeluang membuktikan sifat zuhudnya kerana dia benar-benar diuji dengan harta, sama ada dia akan terikat dengannya atau tidak. Sedangkan orang miskin tidak diuji dengan pemilikan, maka tidak adil untuk mengatakan mereka zuhud hanya kerana mereka tidak memiliki apa-apa. Maka, fahamilah zuhud dalam konteks yang sebenar. Dunia bukan di hati.
Sumber : FB Dato Nik Amar
....................oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment