NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wartawan, sukarelawan antara sembilan syahid dibedil Israel




BANGI, 15 RAMADAN — Angkatan Pertahanan Awam Gaza melaporkan sembilan terbunuh termasuk wartawan dan sukarelawan dalam serangan di Beit Lahia semalam. 

 

Jurucakapnya, Mahmoud Bassal berkata serangan dron itu menyasarkan sebuah kenderaan yang kononnya untuk memburu pengganas, lapor AFP.  

 

“Sembilan syahid dan mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Indonesia di utara Gaza,” katanya.

 

Tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa serangan itu menyasarkan dua pengganas yang memberi ancaman kepada anggota mereka. 

 

Israel semakin meningkatkan serangannya di Gaza sejak awal bulan ini yang kononnya untuk memusnahkan saki-baki bahan letupan.

 

Hamas mendakwa serangan itu membuktikan Israel kini sengaja melanggar perjanjian gencatan senjata dengan membunuh wartawan dan orang awam. 

 

Jurucakapnya, Hazem Qassem berkata Israel sengaja enggan meneruskan perjanjian gencatan senjata dengan kembali menyerang Gaza.

 

“Israel sengaja menghalang sebarang usaha meneruskan perjanjian dan pertukaran tahanan dalam fasa berikutnya,” katanya.

 

Persatuan Wartawan Palestin memaklumkan serangan semalam menyasarkan seorang pengarang dan tiga jurugambar yang menaiki sebuah kenderaan. 

 

Timbalan presidennya, Tahseen Al-Astal berkata semua mangsa sedang menyediakan laporan dokumentari mengenai sebuah pertubuhan kebajikan. 

 

“Jenayah kejam ini menyasarkan secara sistematik wartawan Palestin. Serangan berterusan ke atas wartawan adalah satu jenayah perang.

 

“Ia melanggar undang-undang antarabangsa terutamanya Konvensyen Geneva yang menjamin perlindungan kepada wartawan,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo