Jelas beliau, pihaknya mendapat aduan terdapat segelintir pengunjung yang tidak menguruskan sampah selepas berbuka puasa di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
“Saya mewakili kerajaan negeri merasa agak kesal dan kecewa berkenaan hal ini. Sisa makanan dan sampah tidak diurus dengan baik serta dibiarkan bersepah.
“Sikap sebegini menunjukkan mereka yang terlibat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar menjadi amalan, apatah lagi di bulan yang mulia ini,” kata beliau ketika ditemui media selepas meninjau Bazar Ramadan Taman Sri Aman di Jitra, di sini semalam.
Tegas beliau lagi pihaknya akui kemungkinan tong-tong sampah disediakan tidak mencukupi dan pengunjung yang hadir berbuka puasa di medan itu terlalu ramai.
Namun katanya, adalah lebih baik sampah-sampah itu dibungkus dengan elok dan dibuang ke tempat yang sesuai sewaktu perjalanan pulang.
“Janganlah hanya berharap ada pihak lain yang akan membersihkan sampah yang anda semua buang merata-rata tu..” tambahnya agak kesal.
Kata Mansor lagi, kebenaran untuk orang ramai berbuka puasa di medan tersebut adalah sebagai mengimarahkan Ramadan selain merancakkan program Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.
“Semua boleh datang berbuka beramai-ramai bersama keluarga, tetapi jagalah kebersihan,” katanya lagi.
Dalam pada itu jelas beliau, pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk melihat langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Sebelum ini, perkara yang sama diutarakan oleh Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuden, berkenaan sisa-sisa makanan dan sampah yang ditinggalkan di hadapan Masjid Zahir.
Menerusi pautan di media sosialnya, beliau berharap agar semua pihak, agar menjaga kebersihan sejajar dengan ajaran Islam. – HARAKAHDAILY 18/3/2025
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment