NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM: Ismail Sabri suspek insiden wang RM170 juta, 16kg jongkong emas




BANGI, 2 RAMADAN — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil memberi keterangan sebelum ini adalah sebagai suspek.

 

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata bekas perdana menteri itu disiasat selepas penemuan wang tunai membabitkan empat pegawai kanannya, lapor Astro Awani. 

 

“Dalam hal ini, saya boleh katakan beliau adalah seorang suspek. Ini kerana beliau sudah diarah membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

 

“Kedua, bila terjumpa wang-wang ini, beliau antara yang dikaitkan, jadi kita perlu dapatkan penjelasan daripada beliau mengenai penemuan wang ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini mengulas penemuan wang tunai terkait bekas perdana menteri itu.  

 

SPRM dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan Ismail Sabri akan dipanggil semula bagi membantu siasatan lanjut. 

 

Katanya, ia susulan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

 

“Berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, SPRM menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah bekas perdana menteri tersebut. 

 

“Susulan siasatan lanjut terhadap empat individu berkenaan, SPRM menjalankan pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai ’safe house’,” katanya.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo