NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Satu lagi insiden surau laung azan Maghrib awal




BANGI, 15 RAMADAN – Satu lagi insiden surau melaungkan azan awal sebelum waktu sebenar Maghrib dilaporkan di Shah Alam pada 10 Mac lalu.

 

TV Pertiwi dimaklumkan, ia berlaku di Surau Al-Amin U12, Shah Alam yang mana azan dilaungkan pada pukul 7.26 petang, satu minit awal daripada waktu Maghrib iaitu 7.27 petang di kawasan berkenaan.

 

Perkara itu turut disahkan oleh pihak pengurusan surau selepas dihubungi TV Pertiwi semalam.

 

Menurut pihak pengurusan surau, perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli kariah sebaik merujuk kepada pejabat Mufti.

 

“Setelah merujuk kepada pejabat Mufti, masuknya waktu Maghrib pada 10 Mac (Isnin) adalah pada 7.27pm.

 

“Pihak pengurusan Surau Al-Amin U12 memohon maaf kerana laungan azan dibuat pada 7.26pm.

 

“Oleh itu, bagi ahli kariah yang berbuka puasa berdasarkan azan tersebut perlulah qada’ puasanya,” demikian makluman pihak pengurusan kepada jemaah kariah yang dikongsikan kepada TV Pertiwi.

 

Sebelum ini, TV Pertiwi melaporkan isniden sama berlaku di Surau Al Muhajirin Kampung Sri Gombak Indah apabila azan Maghrib dilaungkan satu minit awal daripada waktu sebenar.

 

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook surau berkenaan selepas pihak pengurusan merujuk beberapa pejabat mufti sebelum mereka membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang terjadi.


Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo