NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU URA: Adakah PMX diktator dan tidak boleh dikritik?




SHAH ALAM
: Ada hal lebih utama patut ditumpu Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbanding agenda Pembaharuan Semula Bandar (URA), kata Setiausaha PAS Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Menurut beliau, rakyat menolak URA bukan kerana mereka tidak mahu pembangunan, tetapi perkara yang dimahukan adalah jaminan dan keadilan.

“Beri peluang kerja yang lebih baik, bantu mereka tambah sumber pendapatan, selesaikan isu harga barang yang tinggi, kurangkan beban kos sara hidup di bandar.

“Buat polisi memperelokkan infrastuktur dan fasiliti yang usang tanpa rakyat perlu melepaskan hak mereka kepada pemaju. Jika pembangunan ini untuk orang Melayu, kenapa ambang persetujuan penduduk mesti diturunkan?

“Bagaimana dengan hak dan suara minoriti yang akan tidak bersetuju? Ambang ini seolah-olah memberi kuasa pemaju ke atas golongan minoriti yang bakal tertindas dan ‘terusir’,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, rakyat yang marah dan tidak bersetuju ini kerana pindaan undang-undang tidak membela mereka sepenuhnya, tetapi membimbangkan menunjukkan kerisauan mereka bersebab.

“Sudah banyak contoh Tanah Rizab Melayu yang terlepas dan jatuh ke tangan pihak lain akibat pembangunan yang tidak menguntungkan orang Melayu.

“Sudah banyak contoh orang Melayu yang keluar dari bandar dan tempat asal mereka kerana pembangunan berat sebelah yang merugikan mereka. Salahkah rakyat ingin berhimpun jika mereka tidak bersetuju?

“Bagaimana membela orang Melayu kalau mereka tidak boleh bersuara? Bukankah PMX contoh jaguh demonstrasi rakyat suatu ketika dahulu? Demonstrasi jalanan lawan kerajaan era reformasi PMX yang mengancam keselamatan rakyat dan menghumban ramai yang tidak bersalah ke dalam penjara.

“Lebih teruk ada yang cedera dan hilang pekerjaan,” kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Templer itu lagi.

Mengulas lanjut, Zaidy berkata, malu dan rendah sekali tahap seorang Perdana Menteri yang mengugut membalas himpunan rakyat dengan ‘himpunan kerajaan’ yang lebih besar.

“Untuk apa tujuan himpunan itu hendak diadakan? Himpunan adalah suatu bentuk demokrasi dan menjadi hak kepada rakyat. Adakah PMX seorang ketua kerajaan diktator yang tidak boleh diktritik?

“Parti Melayu, parti Islam memang mempertahankan Melayu.  Perjuangan mengembalikan Tanah Rizab Melayu dan dasar perumahan mampu milik. Mengkritik dasar kerajaan bukan bermakna pembangkang tidak memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Jika benar hanya PMX membela orang Melayu, cukup-cukuplah menjadi pembangkang. Jika berani, jangan ikut telunjuk pihak tertentu. Dengarlah suara rakyat sendiri,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Perdana Menteri mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah RUU URA. – HARAKAHDAILY 17/3/2025









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. t makes me think about how the influence of leaders, whether in politics or business, can impact the direction of a team or organization. Similarly, when it comes to business, Digital Marketing Strategies play a key role in shaping public perception and building a brand's influence.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo