BANGI, 6 RAMADAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 12 April manakala hari pengundian awal adalah pada 22 April.
“PRK ini memerlukan peruntukan sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang media hari ini.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.
Menurut laporan media, arwah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah meninggal dunia disebabkan sakit jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment