BANGI, 21 RAMADAN — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua kaum tidak menceroboh tanah kerajaan untuk dijadikan rumah ibadat.
Perdana Menteri berkata pembinaan rumah ibadat perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa dan ia tidak boleh didirikan di tanah kerajaan tanpa kebenaran.
“Tanah itu bukan tanah kerajaan walau asalnya tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi itu tidak bermakna tanah kerajaan boleh digunakan tanpa kelulusan.
“Tanah itu tanah swasta, bukan tanah kerajaan dan mereka sudah putuskan untuk bangunkan masjid. Jadi kuil yang lama, ada yang kata 100 tahun, mungkin.
“Tetapi dipindah di situ pada 2012. Statusnya tidak mendapat permit tanah atau kebenaran. Tidak sah,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi video yang disiarkan di laman Facebook miliknya semalam mengulas cadangan pemindahan sebuah kuil di Kuala Lumpur.
Katanya, isu pemindahan kuil tidak wajar dijadikan modal politik pihak tertentu kerana semuanya akan diselesaikan secara musyawarah.
“Masalahnya bila ada penunggang agama, termasuk daripada pihak Hindu juga umpamanya peguam yang tidak pernah terlibat dengan kegiatan agama Hindu, terus jadi jaguh.
“Mereka buat kenyataan melulu umpanya hendak merobohkan. Saya tidak boleh bayangkan saya sebagai Perdana Menteri mahu merobohkan mana-mana kuil atau kegiatan agama lain.
“Perkara itu tidak berbangkit sama sekali. Apa yang dirundingkan selama bertahun adalah mencari jalan terbaik supaya mereka mendapatkan tapak yang sah dan diiktiraf,” katanya.
Anwar berkata perbincangan untuk memindahkan kuil akan diteruskan dengan pihak pemilik tanah bersedia membantu menjadi pemudah cara.
Katanya, kerajaan akan menggunakan pendekatan menang-menang apabila masjid tetap akan dibina dengan kuil dipindah ke tempat lain.
“Oleh kerana pertimbangan supaya hubungan kita itu harmoni, pihak syarikat bersetuju menyalurkan sedikit bantuan dan pihak DBKL sudah mencari tapak tanah ganti.
“Saya harap tidak perlu ada respon kurang wajar termasuk di kalangan masyarakat Islam. Kita tangani dengan baik. Masjid akan terus dibina.
“Tapak kuil akan disediakan dan kalau mereka perlukan bantuan, syarikat sudah memberi perakuan untuk membantu,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment