KUALA LUMPUR- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahu pun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina namun memaklumkan sentiasa mengkaji semula portfolio perniagaan di semua negara yang ia mempunyai pelaburan.
“Petronas mengkaji portfolio perniagaan secara berterusan di semua negara ia mempunyai pelaburan bagi memastikan kesesuaian terbaik dengan strategi pertumbuhan dalam landskap tenaga yang semakin berkembang,” kata syarikat minyak dan gas negara itu bagi menjawab pertanyaan Bernama mengenai laporan berita Bloomberg.
Bloomberg melaporkan bahawa Petronas Malaysia sedang menilai untuk menjual aset minyak syal di Argentina, langkah yang akan melengkapkan tindakannya untuk keluar dari ladang Vaca Muerta yang berkembang pesat di negara itu berikutan sebilangan jurugerudi antarabangsa turut berhasrat untuk keluar daripada rantau itu.
Laporan yang memetik sumber itu menjelaskan Petronas telah memulakan proses yang mungkin menyebabkan penjualan pegangan 50 peratusnya dalam La Amarga Chica, usaha sama dengan syarikat milik kerajaan, YPF SA di kawasan pengeluaran minyak utama Vaca Muerta.
Penglibatan Petronas dalam La Amarga Chica bermula sejak 2014.
— BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment