BANGI, 11 RAMADAN — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mendedahkan punca pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap dikompaun RM10,000.
SKMM berkata kompaun itu dikeluarkan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum pindaan berkuatkuasa pada 11 Februari 2025.
“Bagi kes Harith dan Cecelia yang memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook pada 18 Januari 2025, kompaun RM10,000 dikenakan.
“Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.
“Di mana denda maksimum adalah RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan PAS sebelum ini meluahkan kekesalan apabila penghina Nabi Muhammad SAW sekadar didenda RM10,000 tanpa pendakwaan di mahkamah.
Pengarahnya, Ir Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, terdapat pihak sebelum ini yang didenda puluhan ribu ringgit malah dikenakan hukuman penjara.
Katanya, terdapat kes penghinaan Nabi Muhammad yang dikenakan penjara lebih dua tahun dengan kadar denda yang sama.
“Pada 6 Ogos 2019 seorang lelaki Chow Mun Fai dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana kesalahan menghina kematian anggota bomba dan menghina Nabi Muhammad.
“Dia didakwa mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan manakala kesalahan menghina Nabi Muhammad dia didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pada 17 Julai 2020 Danny Antoni dipenjara 26 bulan atas kesalahan menghina Islam, Nabi Muhammad dan Presiden PAS,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment