NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PEJUANG: Jujur titah adendum, bukan pinda Perlembagaan




BANGI, 9 RAMADAN — Parti PEJUANG menolak cadangan untuk meminda Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan.

Ketua Penerangannya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata tindakan melantik Agong akan memberikan implikasi besar terhadap sistem pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang kepada demokrasi berparlimen dan jauh lebih penting daripada itu ialah raja berperlembagaan.

“Raja berperlembagaan ialah raja yang bertindak menurut nasihat. Tuanku ada budi bicara eksklusif tidak boleh disentuh oleh eksekutif atau pihak yang menasihati tuanku,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada TV Pertiwi mengenai cadangan yang disuarakan oleh bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad minggu lalu. 

 

Tun Hamid dalam suatu kenyataan mengulas kemelut titah adendum membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sekiranya Perkara 42 berjaya dipinda, semua keputusan Lembaga Pengampunan perlu dibuat di dalam mesyuarat dan minitnya adalah muktamad.

 

 

Rafique berkata cadangan melantik Agong bagai memberi gambaran baginda mempunyai kuasa penuh dalam keputusan pengampunan.

“Agong mempunyai tiga bidang kuasa utama yang menjadi budi bicara eksklusifnya yang mesti dipatuhi dalam negara ini. 

“Antaranya melantik seorang perdana menteri, tidak membenarkan pembubaran parlimen dan mesyuarat Raja-Raja Melayu yang terlibat isu terkait dengan raja Melayu itu sendiri.


“Meletakkan Tuanku sebagai pengerusi bermaksud baginda akan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, bukan sekadar menerima nasihat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rafique berkata isu ini dapat diselesaikan sekiranya semua pihak berlaku telus tanpa perlu melakukan pindaan kepada Perlembagaan seperti yang dicadangkan.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo