NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nurul Izzah sertai saingan rebut jawatan Naib Presiden PKR



KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar akan bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu, Mei ini.

Menurut Nurul Izzah, keputusan itu bagi meraikan bakat dalam usaha ‘regenerasi’ semula PKR selain memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).


“Saya berharap anggota-anggota parti dapat memberikan saya peluang dan saya berharap pemilihan kali ini dalam semangat kekeluargaan dalam memastikan bakat yang terbaik dapat diberikan ruang dan peluang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Kasih Ramadan dan Moreh di Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak, di sini malam tadi.


Dalam majlis itu, Nurul Izzah mewakili isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada kira-kira 200 penerima termasuk ibu tunggal dan asnaf di kawasan Parlimen itu.


Sementara itu, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau tidak akan mengambil mudah dan akan melakukan sedaya upaya untuk memenangi jawatan tersebut.

“Kita faham dalam konteks parti dan Kerajaan Perpaduan sudah tentu ada dinamik-dinamiknya yang tersendiri tapi saya fikir untuk PKR yang kalis cabaran masa hadapan dan mampu terus utuh, kita harus melakukan sedaya mungkin untuk bersama,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada keputusan beliau direstui bapanya, Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah berkata, beliau secara prinsip mendapat keizinan mereka dan seterusnya menawarkan diri untuk proses pencalonan di peringkat Cabang.

Nurul Izzah tidak bertanding dalam pemilihan PKR pada 2022, namun kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden bersama dua lagi yang turut dilantik ke jawatan itu iaitu K. Saraswathy (Timbalan Menteri Perpaduan Negara) dan Awang Husaini Sahari (bekas Ahli Parlimen Putatan).


Menjelang pemilihan PKR pada Mei ini, tiga Naib Presiden PKR setatak ini sudah mengumumkan akan mempertahan jawatan masing-masing iaitu Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor); Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan), dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam). – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo