NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NASIONALIS kecewa parti Melayu bantu ‘nyawa’ DAP




BANGI, 17 RAMADAN — Gabungan NASIONALIS kecewa parti Melayu di negara ini masih memberikan sokongan kepada DAP. 

 

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata walau DAP mempunyai perancangan rapi untuk menguasai Malaysia namun ia tidak akan tercapai tanpa kerjasama parti politik Melayu. 

 

“Bukan perkara mustahil DAP akan menguasai negara di satu ketika nanti. Cuma satu sahaja kelemahan DAP ialah mereka tidak ada kerusi majoriti. 

 

“Di sinilah peranan parti Melayu. Hidup atau bangunnya DAP bergantung pada nyawa yang diberi parti Melayu. 

 

“Semua parti Melayu PAS, BERSATU dan kini UMNO sudah memberikan ‘nyawa’ kepada DAP,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas ucapan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. 

 

Katanya, Loke ketika berucap semasa Pemilihan DAP kelmarin menggambarkan parti itu tegas dan tidak berkompromi dengan dasar sedia ada. 

 

“Mereka mempunyai agenda yang strategik, sentiasa fokus dan boleh mempengaruhi Perdana Menteri dengan mudah dalam menentukan dasar negara.

 

“Mereka juga dinamik dengan sentiasa menonjolkan muka baharu daripada golongan muda. 

 

“Semua di atas tidak ada pada parti Melayu. Parti Melayu mudah kompromi, tidak tegas dengan prinsip, mengekalkan muka lama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas,” katanya. 

 

Sehubungan itu, Aminuddin menggesa semua parti Melayu memikirkan semula hala tuju bangsa dengan menghentikan kerjasama dengan DAP. 

 

Katanya, masih belum terlambat untuk semua parti Melayu melakukan perubahan dengan menghumban sikap fanatik kepartian. 

 

“Jadi terpulanglah kepada parti Melayu untuk memikirkan sama ada bersama DAP itu adalah satu kebaikan untuk agama dan bangsa atau sebaliknya. 

 

“Ketaksuban kepada parti harus diketepi. Selagi kita melihat parti lebih penting daripada bangsa dan agama, maka selagi itu pertimbangan kita akan tidak rasional,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo