Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dalam satu kenyataan berkata, aras air telah naik dengan cepat tanpa amaran, menyebabkan ramai penduduk kehilangan harta benda dan memerlukan bantuan segera.
“Fokus utama misi ini adalah penyaluran makanan, kit kebersihan, pakaian dalam wanita, pampers kanak-kanak, tudung sarung dan kasut kanak-kanak, kepada mangsa yang sedang berusaha membersihkan rumah mereka selepas air surut.
“Ada juga yang masih berteduh di PPS (pusat pemindahan sementara) dan di rumah saudara mara. InsyaAllah, misi akan diteruskan ke kawasan lain yang terjejas banjir. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan membantu.
“Semoga Allah merahmati usaha kita semua,” kata Dewan tersebut menerusi satu kenyataan itu.
Situasi banjir di Johor bertambah buruk apabila jumlah mangsa terjejas terus meningkat kepada lebih 13,000 penduduk daripada 3,749 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.
Semua mangsa banjir ditempatkan di 95 PPS yang diaktifkan di enam daerah yang terjejas iaitu Johor Bahru, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat.
Enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di negeri itu turut terjejas akibat banjir yang melanda, dengan gangguan hanya melibatkan rangkaian 5G, sementara rangkaian telekomunikasi lain tidak terkesan. – HARAKAHDAILY 22/3/2025
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment