NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menang jawatan DAP, tapi ditomah sebagai ‘Murtad’




BANGI, 16 RAMADAN — Syahredzan Johan kesal terdapat segelintir warga maya melabelkannya sebagai murtad selepas berjaya dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP.  

 

Ahli Parlimen Bangi itu berkata tuduhan itu keterlaluan selepas Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman turut menerima penghinaan sama.

 

“Sejak saya dan Young Syefura dipilih menganggotai CEC DAP, macam-macam tohmahan dilemparkan kepada kami. Tetapi yang paling melampau adalah tuduhan bahawa kami murtad.

 

“Mungkin inilah hasil tunjuk ajar pemimpin mereka? Ramai yang kata suruh saman. Tetapi komen yang dibuat itu ‘anonymous’ dan tidak menggunakan nama sebenar.

 

“Mereka tidak berani guna nama sebenar,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penghinaan warga maya.

 

Syahredzan dan Young Syefura merupakan dua ahli parlimen Melayu yang terpilih menganggotai CEC DAP dalam pemilihan diadakan semalam.

 

Meraih 2,065 undi, Syahredzan mendapat tempat ke-20 dalam pemilihan parti dan Young Syefura berada di belakangnya meraih 1,943 undi.

 

Pemilihan semalam memilih Syahredzan sebagai Naib Pengerusi DAP manakala Young Syefura sebagai Penolong Setiausaha Publisiti.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo