BANGI, 4 RAMADAN — Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS) menggesa Datuk Seri Mohamad Sabu berhenti berbohong pada bulan Ramadan.
Pengerusinya, Datuk Nizam Mahshar berkata kejadian campuran beras tempatan dan import kini semakin berleluasa dan hanya melindungi kartel.
“Dahulu campuran berlaku tetapi semua berhati-hati sebab takut diambil tindakan kawal selia dan ia tidak berleluasa. Sekarang ia berleluasa dan menipu pengguna.
“Kononnya sekarang beli beras import dengan harga import tetapi dicampur beras tempatan. Siapa yang untung?
“Adakah keuntungan campuran beras ini menguntungkan pesawah? Tidak. Kartel yang untung. Mohamad dan kerajaan sekarang bermati-matian melindungi kartel,” katanya.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan minggu lalu mendakwa Akta Kawalan Padi dan Beras tidak mempunyai peruntukan jelas untuk mendakwa kesalahan percampuran beras.
Katanya, pencampuran beras bukanlah amalan baharu sebaliknya sudah berlaku sejak 1970-an dan tiada sebarang usaha untuk mengawal aktiviti itu.
Nizam berkata kerajaan dilihat gagal mengawal usaha pihak tertentu mencampurkan beras import dengan beras tempatan di pasaran.
Katanya, Akta Perihal Dagangan 2001 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 mampu mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Peranan bahagian kawal selia beras dilihat benar-benar gagal menguatkuasa. Ada bidang kuasa di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“KPDN boleh ambil tindakan. Hendak buat atau tidak sahaja,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment