NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan kenderaan barangan sempena Aidilfitri bermula 29 Mac ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota Penguatkuasa JPJ Malaysia. Turut hadir Ketua Pengarah Pengangkutan, Aedy Fadly Ramli di Stesen Penguatkuasa JPJ Semenyih. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 MAC 2025




SEMENYIH – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan larangan pergerakan kenderaan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri berkuat kuasa selama empat hari, iaitu pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, larangan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika musim perayaan.


Menurutnya, langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat percampuran antara kenderaan barangan dan kenderaan persendirian.

“MOT dan JPJ mengingatkan semua pemilik serta pemandu kenderaan barangan agar mematuhi larangan ini.

“Mereka yang melanggar arahan ini boleh dikenakan kompaun RM300 atau didenda sehingga RM2,000, selain berdepan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan jika disabitkan kesalahan,” katanya di sini, hari ini.


Terdahulu, beliau meninjau operasi khas dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota penguat kuasa di Stesen Penguatkuasa JPJ Semenyih, di sini, hari ini.


Anthony menambah, bagi  mengurangkan kadar kemalangan jalan raya semasa perayaan, JPJ akan melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 dari 24 Mac hingga 8 April di seluruh negara.

“Operasi ini bertujuan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan semasa memandu,” ujarnya.

Mereka yang mempunyai sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan boleh dilaporkan melalui aplikasi MyJPJ menerusi menu e-Aduan@jpj atau emel rasmi aduan JPJ di aduantrafik@jpj.gov.my. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo