BANGI, 11 RAMADAN – Pengurusan Surau Al Muhajirin Kampung Sri Gombak Indah memohon maaf apabila melaungkan azan Maghrib satu minit awal daripada waktu sebenar pada Isnin lalu.
Dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook, pengurusan surau itu memaklumkan kesilapan pada tarikh 10 Mac bersamaan 9 Ramadan 1446H itu disebabkan kesilapan melihat taqwim waktu solat dan berbuka puasa.
“Bagi para jemaah dan penduduk Kg Seri Gombak Indah yang bergantung semata-mata azan dari surau kami untuk berbuka puasa, sila ambil maklum bahawa puasa anda telah terbatal.
“Puasa anda perlu diganti (Qada) semula,” katanya.
Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan surau telah merujuk beberapa pejabat mufti dan juga para asatizah.
“Sekali lagi kami mohon maaf di atas kekhilafan yang telah terjadi,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment