NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan perlekeh, sindir agama Islam jika tidak mahu orang Melayu marah – Apek Cina




BANGI, 16 RAMADAN – Jangan perlekeh atau sindir agama Islam jika tidak mahu orang Melayu di negara ini marah, tegas pempengaruh, Tai Zee How.

 

Beliau yang lebih dikenali dengan nama samaran Apek Cina, mengingatkan komuniti bukan Melayu supaya tidak memandang remeh terhadap tahap kesabaran orang Melayu yang dianggap sebagai kaum majoriti paling bertoleransi berbanding di negara lain.

 

Jelasnya, Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan adalah bersebab dan semua kaum di negara ini perlu menghormati perkara itu.

 

“Orang Melayu meletakkan Islam lebih daripada semua benda. (Bagi mereka) Tiada ada satu benda yang lebih tinggi daripada Allah.

 

“Jadi, kita hormatlah. Walaupun kaum bukan Melayu tidak begitu menekankan keagamaan dalam aspek kehidupan, tetapi kita perlu hormati orang Melayu yang meletakkan agama Islam lebih daripada semua perkara,” katanya menerusi video yang dimuatnaik dalam akaun TikTok beliau.

 

Terdahulu, Zee How mengulas mengenai beberapa persoalan yang diterima berhubung sikap orang Melayu yang sejak kebelakangan ini dilihat begitu cepat marah di media sosial.

 

Dalam pada itu Zee How mengingatkan bahawa Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini adalah kaum paling bertoleransi yang sentiasa mengamalkan rasa syukur, hidup dalam kesederhanaan yang penuh dengan kasih sayang.

 

“Walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan, kita nampak banyak kuil tokong, gereja merata-rata di negara ini.

 

“Kita nampak orang bukan Melayu jadi Ketua Pengarah, KSU, jadi Menteri dan ahli Parlimen. 

 

“Kita nampak banyak sekolah vernakular Tamil dan Cina, malah beribu-ribu di Malaysia. Walaupun Singapura, Thailand dan Indonesia ramai orang Cina, tetapi mereka tiada sekolah vernakular,” ujar beliau.

 

Tambahnya, isu yang terus mencetus kemarahan orang Melayu sejak kebelakangan ini adalah disebabkan sikap segelintir pihak yang memandang remeh terhadap sifat toleransi itu sendiri.

 

Jelasnya, perkara ini semakin memudaratkan apabila pihak yang cuba mengkritik Islam tanpa mendalami ilmu berkaitan agama itu.

 

“Orang Melayu tak sentuh hak kamu pun. Apa mereka nak buat hanya dia antara komuniti Islam mereka sahaja.

 

“Jadi kita telah ambil mudah perkara itu, selepas itu soal pula mengapa mereka (Melayu) marah.

 

“Cuba buat di negara lain, kamu perlekeh, sindir kepercayaan, budaya atau parti mereka, mereka pun akan marah,” tambah beliau.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo