NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Zamri Vinoth: Menteri Perpaduan gagal mainkan peranan




BANGI, 11 RAMADAN — Dr Maszlee Malik menggesa Menteri Perpaduan bertegas dalam perbalahan membabitkan pendakwah bebas Zamri Vinoth dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.   

 

Bekas menteri pendidikan itu berkata Datuk Aaron Ago Dagang perlu peka bahawa jika isu berkenaan tidak dikendalikan dengan baik, ia akan membawa kesan buruk.

 

“Aaron sebagai Menteri Perpaduan, tolong tunjukkan kepimpinan yang lebih berkesan. Tolong tunjukkan kepimpinan yang lebih tegas!

 

“Panggil mereka berdua untuk bertemu secara tertutup. Bimbing mereka sebagai seorang ayah dan pemimpin. Jadilah perantara dan mentor.

 

“Bukan sahaja kepada mereka berdua, tetapi juga kepada rakyat,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

 

Debat di antara Zamri dan Saravanan yang dijadualkan pada 23 Mac dibatalkan selepas Ahli Parlimen Tapah mendapat nasihat Presiden MIC. 

 

Saravanan pada mulanya mencabar Zamri untuk berdebat selepas pendakwah itu mendakwa upacara Thaipusam dihadiri oleh segelintir penganut mabuk. 

 

Aaron dalam satu kenyataan menegaskan isu sensitif seperti ini harus dihentikan bagi mengelakkan ketegangan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

 

Maszlee berkata Aaron harus bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

 

Katanya, inisiatif sebegini mampu mengukuhkan perpaduan dan membina hubungan antara masyarakat berbilang kaum selari dengan objektif kerajaan. 

 

“Dalam semangat Ramadan, mengapa tidak Kementerian Perpaduan bekerjasama dengan Naim dan JAKIM untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Muhibbah.

 

“Di mana penganut bukan Islam dijemput berbuka puasa bersama rakan Muslim mereka di masjid-masjid utama negeri dan daerah di seluruh negara.

 

“Kita memerlukan seorang pemimpin sejati untuk menyatukan rakyat,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo