KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden parti berkenaan pada pemilihan 24 Mei ini.
Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan beberapa pemimpin dan rakan-rakannya dalam parti.
“Penilaian dan perbincangan mendapati terdapat ruang untuk saya menabur bakti kepada parti dan juga setelah berbincang dengan cabang Lembah Pantai dan rakan-rakan di peringkat akar umbi ketika menjelajah ke negeri-negeri.
“Bila tiba masa nanti, insya-Allah saya akan menghantar pencalonan,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma dan bubuk lambuk kepada orang ramai ketika lawatan ke Bazar Ramadan Bazaria, Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau dan pasukannya akan merangka strategi yang berbeza untuk memastikan kemenangan pada pemilihan parti kali ini.
“Pertandingan dalam Keadilan (PKR) adalah pertandingan dalam keluarga, kita berusaha untuk bertanding secara sihat, elak daripada elemen tidak baik. Ini juga pesanan daripada Presiden (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Fahmi menjadi pemimpin terbaharu yang mengumumkan hasrat untuk bertanding selepas empat penyandang menyatakan akan mempertahankan jawatan naib presiden iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nurul Izzah Anwar. – Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment