BANGI, 17 RAMADAN — Syahredzan Johan menegaskan wadah perjuangan Melayu akan diangkat ke dalam DAP selepas pelantikannya ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Naib Pengerusi DAP itu berkata pemilihannya bersama Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman membuktikan pemimpin Melayu semakin mendapat tempat dalam parti.
“Ia tidak mudah tetapi saya juga melihat peranan saya sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang mempunyai begitu ramai pengundi dan penduduk Melayu juga penting.
“Secara langsung, saya menjadi duta buat parti ini untuk menunjukkan bahawa Melayu dan DAP tidak ada percanggahan,” katanya kepada Berita Harian.
Pemilihan DAP kelmarin menyaksikan Syahredzan dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bersama empat pemimpin bukan Melayu lain.
Meraih 2,065 undi, Syahredzan mendapat tempat ke-20 dalam pemilihan parti dan Young Syefura berada di belakangnya meraih 1,943 undi.
Syahredzan berkata pemilihannya bersama Young Syefura ke dalam CEC membuktikan DAP kini sudah mula menerima pemimpin Melayu.
“Ia adalah satu signal jelas kepada rakyat di luar sana bahawa DAP sememangnya parti pelbagai kaum yang boleh menerima kepelbagaian,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment