NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwa gaji MP cecah RM 40,000, Anwar sangkal dakwaan rakyat terbeban tanpa peruntukan



CYBERJAYA – Isu peruntukan yang tidak diberikan kepada ahli Parlimen pembangkang yang didakwa menjadikan mereka miskin sepatutnya tidak timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia kerana gaji yang diterima ahli Parlimen termasuk pelbagai elaun boleh mencecah sehingga antara RM30,000 hingga RM40,000.


Jelas beliau, apa yang menjadi masalah sekiranya ahli Parlimen itu tidak bijak mengurus kewangan mereka kerana gemar berhutang.

“Hendak jadi hero jalanan belajar dahulu, jadi sekarang dia gunakan isu ini jadi riuh rendah. Ada yang katakan kami sampai miskin berhutang, hendak tahu gaji ahli Parlimen semua mencecah RM30,000 ke RM40,000.

“Siapa dapat RM30,000-RM40,000 di sini? Yang kita bezakan adalah peruntukan itu pun untuk kawasan untuk rakyat diteruskan cuma projek itu jalan terus kepada rakyat melalui ahli Parlimen, itu bezanya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Hasil di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Muhyiddin mendakwa, syarat yang ditetapkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) itu adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yussof berhubung Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dikatakan bakal menerima peruntukan.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, projek ketika ini tidak diberi kepada ahli Parlimen cuma mereka berperanan mengemukakan usul atau cadangan.

“Untuk nyatakan rakyat terbeban tidak benar dan menyatakan ahli Parlimen jadi miskin papa kedana adalah tidak benar. Saya tak tahulah RM40,000 miskin lagi.

“Hutang kalau beli kereta banyak, isteri banyak mungkinlah,” katanya.- MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo