BANGI, 21 RAMADAN — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggesa Datuk Ambiga Sreenevasan tidak menjadi jaguh songsang mempertahankan kuil di Kuala Lumpur.
Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata pendirian bekas presiden Majlis Peguam itu menghairankan kerana membelakangkan kedaulatan undang-undang.
“Tindakan Lawyers for Liberty (LFL) dan Ambiga agar masjid dibina di tapak alternatif berbaur hasutan, agar pihak lain berdegil dan mengabaikan undang-undang.
“Biarlah Jakel, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak kuil berunding. Kenapa LFL dan Ambiga menyibuk?
“Kamu peguam. Patuhilah undang undang. Reformasi apa yang kamu perjuangkan?” soalnya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.
Ambiga dan LFL kelmarin mencadangkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dikekalkan sementara cadangan pembinaan masjid baharu boleh dibina di tapak bersebelahan.
Katanya, ia selepas mempertimbangkan kewujudan kuil itu yang sudah berusia lebih 100 tahun.
Puad berkata cadangan Ambiga dan LFL tidak masuk akal kerana Jakel merupakan pemilik tanah kawasan itu.
Katanya, Ambiga dan LFL tidak berhak mempertikaikan keputusan Jakel untuk membina masjid di tanah sendiri.
“Itu tanah milik Jakel. Ia dibeli melalui proses jual beli yang sah. Mana boleh tanah milik kita, orang lain pula mahu tentukan apa yang boleh dan tidak boleh dibangun di atasnya.
“Bukankah Jakel mengambil langkah harmoni kerana sedia menanggung kos pindah kuil ke tapak baharu yang disediakan.
“Mana harmoninya masjid dan kuil dibina sebelah-menyebelah. Akan ada masalah di kemudian hari. Berhentilah jadi jaguh songsang,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment