Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata ini kerana pelaksanaan itu melibatkan ramai pengguna dan pengumuman mekanisme lebih awal membolehkannya dijalankan dengan lancar tanpa ada masalah.
“Saya harap mekanisme itu sebolehnya diumumkan lebih awal untuk membolehkan semua pihak sebab melibatkan ramai pengguna.
“Kalau dibandingkan diesel tak banyak (pengguna) berbanding petrol RON95.
“Pengumuman lebih awal supaya semua pihak dan rakyat tahu bagaimana mekanismenya dan pelaksanaan nanti tidak timbul masalah dan berjalan lancar,” katanya membahaskan usul titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi bahan bakar RON95 bermula pertengahan tahun ini.
Langkah itu dijangka menjimatkan perbelanjaan sehingga RM8 bilion.
Anwar berkata pelaksanaannya juga dibuat kerana hasil 40% subsidi petrol RON95 dinikmati warga asing dan golongan maha kaya ketika ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kerajaan komited mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan langkah berkenaan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment