NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skandal rasuah Adun Sabah: Video ‘tiada kredibiliti’, tak boleh guna dalam siasatan




PETALING JAYA
Video yang dimuat naik di portal berita sebelum ini didapati tidak boleh diguna pakai dalam siasatan berhubung skandal rasuah didakwa melibatkan Adun Sabah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Beliau berkata, laporan forensik polis menunjukkan video-video yang dimuat naik di sebuah portal berita serta media sosial itu tiada kredibiliti kerana telah disunting.

“Video ini telah kita kemukakan kepada bahagian forensik SPRM,” katanya, lapor Bernama.

“Laporannya baru-baru ini menunjukkan lapan video di dalam portal itu tidak boleh diguna pakai kerana berlaku ‘editing’ … ia juga tidak boleh digunakan dalam siasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti.”

Menurut Azam berkata, sehingga hari ini, pemberi maklumat yang mendedahkan video itu masih belum berkongsi sebarang bukti, dan pihaknya juga tidak bercadang memanggil portal yang menyiarkan video terbabit untuk mengetahui bagaimana ia diperoleh.

Video-video yang dimuat naik di portal berita itu baru-baru ini menimbulkan dakwaan bahawa Adun terbabit menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di sebuah negeri.

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah tersebut.

Lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu, tambahnya.



Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo