NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekat TV Pertiwi, PAS sangsi kuasa RUU Majlis Media




BANGI, 27 SYAABAN — PAS menggesa kerajaan menjamin kebebasan media dalam negara ini sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia diluluskan. 

 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata RUU yang digubal bagi meningkatkan kebebasan media hanya akan dicapai jika isu membelenggu pemberita ditangani segera. 

 

“Taklimat Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching semalam menjelaskan RUU ini digubal kerana Indeks Kebebasan Media Malaysia kurang memberangsangkan.

 

“Indeks merudum pada 2023 kerana tekanan politik terhadap media, penapisan kandungan dalam talian dan penggunaan undang-undang untuk menekan wartawan. 

 

“Ia juga kerana siasatan polis ke atas Malaysiakini dan Malaysia Now, rampasan kad media serta sekatan akses terhadap portal TV Pertiwi,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Majlis Media Malaysia yang akan dimuktamadkan di Dewan Rakyat hari ini.

 

Katanya, RUU itu perlu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan media sebenar dan meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media. 

 

“Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meletakkan Malaysia di tangga 107 jatuh 34 anak tangga dari tempat ke-73 pada tahun sebelumnya. 

 

“Ini kemerosotan terbesar dalam kalangan negara Asia Tenggara menjadikan Malaysia negara yang bukan lagi mengamalkan kebebasan media.    

 

“Singapura dikenali dengan kawalan ketat ke atas media. Kita hanya berada satu tangga di depan Singapura yang berada pada tangga 108,” katanya.

 

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata dengan pelaksanaan akta ini nanti, ia seharusnya mampu mengembalikan Malaysia kepada indeks yang lebih baik.

 

Katanya, ia mampu dicapai jika isu yang dikemukakan RSF ditangani segera oleh kerajaan dari masa ke semasa. 


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo