Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan parti supaya dipertimbangkan.
Menurutnya, Fahmi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah dilihat paling layak kerana merupakan anak tempatan yang lahir di dalam kawasan DUN Ayer Kuning termasuk mengundi di situ.
"Setakat ini, Pemuda Perak hanya mengemukakan satu nama iaitu Fahmi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Perak.
"Dia sudah dua penggal sebagai Ketua Pemuda bahagian. Maksudnya, dia bukan menang secara percuma tetapi bertanding dan menang. Ini menunjukkan dia diterima oleh masyarakat di sana," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Nazirul berkata, Fahmi juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada ADUN Ayer Kuning sebelum ini dan pengalaman itu diperlukan untuk memastikan rakyat terus dibantu.
Menurutnya, pencalonan Fahmi juga penting dalam memastikan ada wakil pemuda di dalam kerajaan negeri dan ia sekali gus memudahkan suara anak muda dibawa ke dalam Dewan Negeri Perak.
Sementara itu, Nazirul memaklumkan Pemuda UMNO Perak telah mengadakan mesyuarat pada malam Selasa bersama semua kepimpinan sayap itu bagi membincangkan gerak kerja ke arah PRK DUN berkenaan.
Jelasnya, sepanjang bulan Ramadan jentera sayap parti itu akan berada di DUN Ayer Kuning dan Parlimen Tapah bagi mengatur pelbagai program untuk masyarakat setempat.
Pada Selasa, media melaporkan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.
Menurut Dr Muhamad Akmal, pihaknya mempunyai calon yang berpotensi dan usaha melobi wakil dari sayap itu sebagai calon dalam sesuatu pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam parti.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia dan Gerakan Tanah Air.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment