NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Ayer Kuning: Terlalu awal ramal potensi kemenangan PN - Tun Faisal

Tun Faisal mengadakan sidang media berhubung pengukuhan parti dan persiapan PRU-16 yang diadakan pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB


PETALING JAYA - Masih terlalu awal untuk meramalkan potensi kemenangan Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, penilaian lebih mendalam perlu dilakukan di lapangan bagi mengenal pasti isu sebenar rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, kemenangan PN bukan perkara mustahil atas sokongan rakyat yang mahukan perubahan.

"Kita melihat potensi kemenangan itu ada, berdasarkan isu-isu yang melingkari rakyat sekarang ini.

 "Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kebarangkalian kemenangan kerana kita belum menilai secara mendalam isu-isu sebenar di lapangan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penerangan Bersatu, di sini pada Rabu.

Ditanya mengenai potensi calon yang akan diletakkan untuk bertanding, beliau berkata tiada sebarang perbincangan di peringkat Penerangan Bersatu setakat ini.

"Belum (ada perbincangan)...itu mungkin di peringkat yang lain.

"Saya belum ada maklumat (bila akan diumumkan) tapi dalam masa terdekat sebab PRK dalam masa dua bulan sahaja. Jadi, kena cepat," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa PN lesu dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Sebaliknya tegas beliau, PN khususnya Bersatu tidak pernah berhenti memperjuangkan isu rakyat.

“Yang tidak memperjuangkan isu rakyat, setakat ini saya nampak pemimpin-pemimpin dari parti kerajaan.

"Mereka menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, termasuk perkara yang tidak betul,” dakwanya.

Sementara itu Tun Faisal menjelaskan, Mesyuarat Jawatankuasa Penerangan Bersatu antara lain memberi fokus persiapan bagi PRK Ayer Kuning dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sebanyak sembilan biro dibentuk antaranya penyelidikan dan analisis data; naratif dan komunikasi politik, serta pempengaruh dan media digital.

"Jawatankuasa ini akan membantu memperkukuh jentera penerangan negeri dengan tumpuan awal di Perak, Sabah dan Melaka dalam masa terdekat," katanya.


Sumber | Sinar Harian





 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo