BANGI, 19 SYAABAN — Felo Kanan Majlis Profesor Negara kesal dengan sikap kerajaan yang tidak bertegas dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Islam sangat memandang serius isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad sehingga meletakkan hukuman bunuh sebagai balasan.
“Walaupun saya bukan Islam tetapi saya tahu serba sedikit kerana bila kita hidup dalam alam Melayu-Islam, kita perlu tahu tentang budaya untuk berfungsi dengan lebih baik.
“Dalam Islam, setahu saya menghina Nabi Muhammad hukumnya ialah bunuh walaupun orang itu sudah bertaubat menyesal menghina Islam dan Nabi Muhammad.
“Hukuman bunuh itu tidak boleh digugurkan. Tetap bunuh juga. Lihat begitu serius sekali,” katanya dalam wawancara khas bersama TV Pertiwi.
Ketua Polis Negara awal bulan ini memaklumkan siasatan jenaka ham mengambil sedikit masa kerana memerlukan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tan Sri Razarudin Husain berkata polis perlu menunggu laporan forensik SKMM sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).
Warga maya mempersoalkan siasatan pantas pihak polis terhadap individu yang mengugut untuk membunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya.
Izzuddin Mohd Salim, 31, dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah mengugut pelawak Harith Iskander dan keluarganya.
Harith hujung bulan lalu disiasat selepas kiriman Facebook miliknya didapati mempersendakan isu ham dengan mendakwa imannya mungkin tergugat.
Kiriman Harith itu membuka ruang seorang warga maya, Cecelia Yap yang menulis komen mempersendakan Nabi Muhammad.
Teo berkata kerajaan harus sedar siasatan terhadap penghinaan Nabi Muhammad mengambil masa yang terlalu lama walau ia mencetus keresahan masyarakat.
Katanya, kenyataan Harith di Facebook amat mengejutkan sehingga mengundang penghinaan warga maya terhadap Rasulullah SAW.
“Kita harus mengakui kita tidak betapa tegas dalam hal ini. Kita macam tidak nampak tindakan tegas itu. Kesnya sensasi tetapi senyap begitu saja.
“Saya bukan Islam tetapi saya kira amat tidak patut seorang Islam mengambil kesempatan untuk melawak sedemikian rupa.
“Kesempatan itu membuka ruang yang cukup luas kepada pihak lain yang mendapat idea menghina Nabi Muhammad dengan guna huruf besar pada ejaan nama nabi,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment