![]() |
Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) mencadangkan nama Redzuan, 70, manakala Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han mencadangkan nama Tiew, 44, sebagai senator mewakili Selangor bagi tempoh tiga tahun.
Azmizam berkata, Redzuan yang juga presiden dan naib canselor Universiti Selangor (Unisel) mempunyai kelulusan ijazah sarjana dalam sejarah dan politik timur tengah dari School of Oriental and African Studies, University of London serta ijazah doktor falsafah University of Edinburgh pada 1994.
“Keilmuan Redzuan kemudiannya diiktiraf dengan penganugerahan gelaran prof emeritus dalam bidang sejarah dan politik timur oleh Universiti Malaya pada 2024,” katanya menurut Bernama.
Sementara itu, Ng berkata Tiew adalah bekas Adun Teratai bagi penggal 2013 hingga 2018 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Beliau berkata, Tiew juga berpengalaman menyelia program seperti perancangan bandar, pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam termasuk penyediaan projek bas percuma di Petaling Jaya.
“Pada masa sama, beliau merupakan setiausaha organisasi DAP Selangor yang berperanan menyusun atur urusan pentadbiran parti itu,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment