Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, dakwaan tersebut sekadar strategi Bersatu menutup kelemahan dan mengubah persepsi ‘parti bercelaru’ susulan pertelingkahan dalaman berpunca daripada kepimpinan parti itu sendiri.
“PAS memang berada dalam keadaan kuat berbanding Bersatu. ‘Tak senada’ pendirian sebab mereka tahu mustahil untuk PRU berlaku hujung tahun ini dan pasti akan dipersoal pihak tertentu sekiranya andaian itu tidak berlaku.
“Maka tiada keperluan untuk PAS menjerat diri sendiri,” katanya kepada FMT.
Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali berkata Presiden Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat pimpinan parti mengarahkan jentera digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU mengejut hujung tahun ini.
Keadaan itu membayangkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mampu bertahan sehingga habis penggal, yang tamat pada hujung 2027.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berbeza pendapat dengan Azmin mengenai perkara itu.
Semalam, Tuan Ibrahim berkata partinya sedia berdepan PRU sebelum penggal kerajaan tamat pada 2027, namun tidak menjangkakan seawal tahun ini.
Terdahulu, FMT melaporkan sumber mendakwa PAS ‘tidak terlalu teruja’ menyertai naratif dimainkan Bersatu dan masih belum ada penyelarasan gerak kerja antara dua parti utama PN terbabit, yang boleh mengaitkan komponen itu sedia menuju ke medan PRU.
Sementara itu, menyifatkan ia sekadar retorik politik, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata tiada keperluan untuk PAS tergesa-gesa ingin kerajaan dibubarkan pada masa ini memandangkan parti tersebut berada ‘dalam posisi selesa’.
Katanya, PAS perlu lebih fokus kepada usaha memperkukuh dan menguatkan struktur jentera bagi menghadapi pilihan raya yang benar-benar akan berlaku.
“Beberapa PRK tahun lepas menunjukkan PAS atau PN perlu berusaha lebih kerana terdapat pengundi Melayu yang kembali menyokong Umno,” katanya.
Menurutnya, ‘kekecohan’ PRU itu lebih kepada pimpinan Bersatu yang menyedari pengaruh mereka semakin kurang dalam politik negara sehingga perlu memainkan sentimen bahawa kerajaan semasa gagal dan akan tumbang.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment