Bekas perdana menteri itu dalam afidavit berkata tiada bukti bahawa keselamatan negara akan terancam jika perintah itu tidak dilaksanakan.
Najib berkata sehingga kini tiada sesiapa pun membuat sebarang kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau institusi diraja berhubung isu titah adendum itu.
“Tiada laporan tindakan diambil terhadap sesiapa. Oleh itu, tiada risiko atau ancaman langsung kepada institusi diraja,” katanya.
Bulan lalu, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan majoriti, memberikan kebenaran kepada Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum yang dikeluarkan oleh Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Kes dihantar ke Mahkamah Tinggi untuk dengar merit permohonan itu.
Kerajaan sedang memohon perintah larangan bersuara untuk menghalang orang ramai membincangkan kes titah adendum Najib.
Ia juga meminta kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment