NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan diseru bagi menetapkan 2 hari cuti Aidiladha




KUALA LUMPUR
Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyeru kerajaan menetapkan dua hari cuti umum di seluruh negara bagi sambutan Aidiladha, berbanding sehari ketika ini.

Shamshulkahar Deli (BN-Jempol) berkata, cuti sehari tidak mencukupi kerana menyukarkan umat Islam untuk pulang ke kampung halaman menyambut perayaan itu.

“Ramai yang tidak dapat merayakan Hari Raya Aidiladha di kampung sebab faktor logistik, masa yang sangat singkat dan melaksanakan ibadah korban serta meraikan perayaan Aidiladha yang menjadi tuntutan ajaran Islam,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Ketika ini, hanya Kedah dan Terengganu menetapkan cuti umum dua hari bagi Aidiladha.


Sumber | FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo