BANGI, 16 SYAABAN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kecewa dengan penganjuran sambutan Tahun Baru Cina oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata penganjuran berkenaan tidak wajar di saat JAKIM mahu garis panduan kepada umat Islam diperkenalkan.
“Mengapa JAKIM beria sangat untuk membuat sambutan yang sebegini? Mengapa tidak biarkan masyarakat Cina sahaja yang menganjurkan?
“Sebelum ini menteri agama pernah mencadangkan untuk memuktamadkan garis panduan baharu dalam melibatkan penglibatan orang Islam dengan upacara pengebumian dan perayaan bukan Islam.
“Tetapi hari ini JAKIM sendiri yang menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. Mengapa begitu cepat JAKIM berubah fikiran?” soalnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas penganjuran sambutan Tahun Baru Cina oleh JAKIM esok.
Ketua Pengarah JAKIM hari ini menggesa semua pihak agar tidak mempolemikkan penganjuran sambutan Tahun Baru Cina itu.
Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata polemik tidak wajar hanya akan menjejaskan usaha perpaduan dan keharmonian negara.
Katanya, program berkenaan sudah dianjurkan JAKIM setiap tahun untuk menyantuni masyarakat yang menyambut Tahun Baru Cina.
“Ia adalah sebahagian peranan yang dimainkan oleh agensi hal ehwal Islam untuk menyebarkan rahmah dan mesej keharmonian kepada masyarakat,” katanya.
Irwan Fahmi berkata tidak wajar JAKIM menganjurkan sambutan itu yang mengundang kepada perayaan kaum lain.
Katanya, melalui sambutan itu, peranan JAKIM kini mula dipersoalkan apabila meraikan sambutan perayaan bukan Islam.
“Cukuplah sekadar kita menghormati budaya dan agama masyarakat bukan Islam dalam negara dan tiada keperluan untuk JAKIM menjadi penganjur majlis.
“Hari ini jika JAKIM boleh menganjur perayaan orang bukan Islam tidak mustahil untuk agama-agama lain juga JAKIM turut akan menjadi penganjurnya.
“PERKASA ingin bertanya kepada JAKIM, apakah JAKIM sekarang sudah tidak berfungsi lagi sehinggakan sanggup menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina?” soalnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment