Beliau berkata, dasar itu amat berkesan memateri keyakinan pelabur dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.
“Insya-Allah, kerajaan Madani akan terus bekerja untuk mengekalkan momentum positif ini dan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook.
Anwar yang juga menteri kewangan, berkata ekonomi Malaysia mencatat prestasi hebat dengan pertumbuhan KDNK yang mengatasi unjuran asal antara 4 hingga 5% serta melonjak jauh lebih tinggi, berbanding 3.6% pada 2023.
Katanya, pertumbuhan kukuh tersebut didorong peningkatan pelaburan melonjak 12% tertinggi dalam 12 tahun, serta eksport terus berkembang, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik.
“Pemulihan pelancongan dan pelaksanaan pantas projek infrastruktur utama turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan kukuh KDNK itu didorong oleh permintaan dalam negara yang terus berkembang dan pemulihan eksport.
Pertumbuhan dalam negara didorong terutamanya perbelanjaan isi rumah lebih mantap, mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, selain langkah dasar bagi menyokong isi rumah, dan kedudukan kewangan isi rumah yang kukuh.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment