![]() |
Duta Besar Malaysia ke AS Nazri Aziz mengulas dakwaan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mengenai kegagalannya mengatur panggilan telefon antara Anwar Ibrahim dengan Donald Trump. |
Bercakap kepada FMT menjelang hari-hari terakhir sebagai Duta Besar Malaysia ke AS, Nazri berkata, ketegasan Malaysia dalam isu Palestin juga sudah diketahui dunia dan pendirian itu berbeza dengan Trump yang menyokong Israel.
“Jadi pada saya, tak jadi masalah besar Anwar tak cakap dengan Trump. Jangan kepala kita dijajah oleh AS. Bila tak dapat (bercakap rasa) kita terkebelakang.
“Sebenarnya bila Anwar tak dapat cakap (dengan Trump) sebab pendirian kita lebih keras berbanding negara lain, itu menyebabkan kita tak diberi layanan baik,” katanya.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming bahawa beliau gagal mengatur panggilan telefon antara Anwar dan Trump, yang menurutnya isyarat penting dalam komuniti diplomatik.’
Sementara itu, Nazri yang juga bekas pemimpin Umno berkata, beliau telah memberitahu Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk membuat panggilan telefon ke pejabat Trump selepas beliau dilantik sebagai presiden.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh PMO bahawa panggilan itu telah dibuat, namun Trump sibuk dan tidak dapat bercakap, dan perkara ini telah dijadikan rekod.
Nazri yang akan tamat kontrak esok sebagai duta berkata, sepanjang dua tahun berkhidmat di Washington, beliau telah dipanggil lima kali untuk memberikan penjelasan, antaranya mengenai sokongan Anwar terhadap Palestin dan Hamas, serta pertemuan Anwar dengan Ketua Hamas Ismail Haniyeh.
“Tak mudah jadi duta, kalau kita lemah otak, tak kuat, kita terpaksa ikut dia (AS), tapi saya tak bagi peluang, saya pertahankan kenyataan Anwar. Jadi saya kena panggil lima kali,” katanya.
Nazri turut menolak kemungkinan AS akan menerimanya sebagai duta jika kontrak disambung semula kerana ketegasannya mempertahankan kenyataan Anwar.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment