NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel bunuh tiga polis Palestin walau Hamas bebaskan tahanan




BANGI, 16 FEB — Hamas mendakwa serangan udara Israel hari ini mengorbankan tiga anggota polis di Rafah sehari selepas pertukaran tahanan semalam. 

 

Kementerian Dalam Negerinya berkata dua anggota terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa terkorban akibat cedera parah, lapor AFP.

 

Tentera Penjajah Israel (IOF) berkata serangan udara itu menyasarkan beberapa individu bersenjata yang berada di kawasan Al-Shouka di timur Rafah.  

 

“Awal hari ini, beberapa individu bersenjata bergerak menuju pasukan kami di selatan Gaza ditembak oleh Tentera Udara Israel,” kata IOF dalam satu kenyataan. 

 

Serangan udara itu merupakan kali kedua sejak perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari lalu.

 

Serangan udara pada 2 Februari lalu bagaimanapun tidak meragut nyawa apabila menyasarkan sebuah kenderaan di bandar Gaza. 

 

Sementara itu, media Israel, KAN melaporkan Benjamin Netanyahu tidak memberi kebenaran jentera berat dan rumah kontena dibawa masuk ke Gaza. 

 

Larangan itu dilihat satu lagi pencabulan perjanjian gencatan senjata walau Hamas sudah membebaskan tiga tahanan semalam. 

 

Sekatan jentera berat akan menyukarkan rakyat Gaza membersihkan runtuhan bangunan yang ditinggalkan Israel dalam serangan yang berlarutan sepanjang 15 minggu.

 

Hamas semalam bersetuju membebaskan tiga tahanan selepas perantara rundingan gencatan senjata memberi jaminan rumah kontena dan jentera berat akan dibawa masuk.

 

Setakat ini seramai 19 tahanan Israel dan lima lelaki Thailand sudah dibebaskan Hamas dengan 1,135 tahanan warga Palestin dibebaskan oleh Israel.    


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo